Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS MESRA BERBUKA PUASA BERSAMA PENGERUSI FELCRA BERHAD. 25-8-2011

FELCRA Berhad telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengerusi FELCRA Berhad iaitu Y.B Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman di Auditorium Wisma FELCRA Berhad pada 25 Ogos 2011. Disamping itu turut juga diadakan Penyampaian Sumbangan Korporat (CSR) FELCRA Berhad kepada Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan dan Penyampaian Sumbangan CSR kepada anak-anak yatim. Pengerusi FELCRA Berhad turut menyentuh tentang "Kelemahan umat islam sebagai ummah pada masa kini". Perasaan hiba turut terasa apabila melihat anak-anak yatim yang masih kecil melemparkan senyuman gembira ketika menerima sumbangan daripada Pengerusi FELCRA Berhad.


Pendaftaran untuk media


Tuan Zainuddin Taha, Eksekutif Kanan Tanah

Sebahagian staf FELCRA yang hadir

Pengerusi FELCRA Berhad, Y.B. Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman

Selasa, 23 Ogos 2011

Utusan Malaysia Online - Ekonomi

Utusan Malaysia Online - Ekonomi


Felcra terokai pembangunan hartanah





KUALA LUMPUR 22 Ogos - Felcra Bhd. (Felcra) akan menceburi sektor pembangunan hartanah bagi mengurangkan kebergantungan dalam sektor perladangan pada tahun hadapan.

Ketika ini Felcra bergantung sepenuhnya kepada pengurusan ladang komoditi kelapa sawit dan getah sahaja.
Pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Felcra menyasar bahagian pembangunan hartanah menyumbang antara 10 hingga 20 peratus kepada perolehan syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.
''Felcra perlu melakukan transformasi daripada sekarang kerana bergantung sepenuhnya kepada komoditi memberi risiko yang besar kepada syarikat.

''Jumlah tanah untuk dijadikan ladang semakin mengecil dan hampir tiada di Semenanjung. Oleh itu, penubuhan bahagian perniagaan baharu mampu menjana sumber keuntungan baharu kepada syarikat.
''Felcra mempunyai beberapa tanah berpotensi untuk dimajukan seperti di Jalan Semarak di Kuala Lumpur dan di Pulau Langkawi. Bahagian pembangunan hartanah akan diterajui oleh anak syarikat Felcra iaitu, Felcra Properties Sdn. Bhd.,'' katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Felcra, di sini hari ini.

Selasa, 16 Ogos 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT Y.B. MENTERI KKLW SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4. TAHUN 2011, 16 OGOS 2011

Sebahagian staf daripada Ibu Pejabat FELCRA Berhad telah dijemput untuk menghadiri Majlis Penyampaian Amanat Y.B. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) sempena Perhimpunan Bulanan Bil. 4 Tahun 2011  dan sempena Perasmian Karnival Usahawan Desa yang akan diadakan pada 21-25 September 2011.



Berhimpun sebelum berangkat
 



Sebahagian wakil staf lelaki yang hadir
 


Sebahagian wakil staf wanita yang hadir

Jumaat, 5 Ogos 2011

TAKLIMAT PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN DI IPOH, 28 JULAI 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan Taklimat Pemborongan dan Peruncitan di bawah anjuran KPFB di Heritage Hotel. Ipoh pada 28 Julai 2011. Program dihadiri lebih daripada 34 buah KPR yang nyata berminat untuk mengembangkan peluang baru perniagaan mereka. Program sehari ini membincangkan tentang usaha-usaha Koperasi Peserta FELCRA Berhad (KPFB) menjadikan KPR sebagai rakan niaga mereka bagi memasarkan barang-barang dibawah akta kawalan seperti beras dan tepung.




Sesi Pendaftaran

Sebahagian peserta yang hadir di dalam program