Khamis, 6 Oktober 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN AZIZAH HASHIM & ENCIK MD. RASID MASUDIN, 5 OKTOBER 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Azizah Binti Hashim dan Encik Md. Rasid Masudin pada 5 Oktober 2011 di Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi, Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Majlis diadakan dalam keadaan serba sederhana dan sayu apabila mengenangkan 2 staf yang berdedikasi akan bersara. Puan Azizah Binti Hashim menyandang jawatan sebagai Pengurus Pembangunan Koperasi akan bersara pada 20 Oktober 2011 dan akan mengerjakan Ibadah Haji pada bulan November akan datang. Beliau telah berkhidmat bersama FELCRA Berhad selama 32 tahun dan memulakan tugas sebagai 4P. Banyak pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang berkhidmat di FELCRA Berhad sebagai pegawai yang memantau hal ehwal peserta FELCRA.

Encik Md. Rasid Masudin pula merupakan seorang Juruukur cawangan tanah & ukur yang telah berkhidmat di FELCRA Berhad selama 28 tahun dan akan bersara pada penghujung Oktober 2011. Beliau memulakan kerjaya di PBW Pahang dan melalui pengalaman yang sukar apabila mula-mula meneroka kawasan-kawasan baru FELCRA Berhad di Pahang sebelum dibangunkan. Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan Selamat Maju Jaya, Selamat Bersara kepada kedua-dua staf tersebut. Semoga ikatan dan jalinan antara kita berkekalan selamanya.



Sebahagian staf bahagian tanah & institusi


Staf-staf Cawangan Tanah & Ukur turut hadir


Encik Zainuddin Taha dan Encik Mesbah Takrep


KARNIVAL USAHAWAN DESA, 23 SEPTEMBER 2011

Karnival Usahawan Desa 2011 telah diadakan pada 23 September 2011 di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Karnival Usahawan Desa diwujudkan bagi membantu usahawan-usahawan desa memasarkan produk mereka di peringkat nasional dan seterusnya mewujudkan ikatan kerjasama di peringkat antarabangsa disamping meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

FELCRA Berhad juga turut mempelawa usahawan-usahawan yang terdiri daripada peserta-peserta FELCRA Berhad yang tinggal di seluruh kawasan di Malaysia bagi mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka. Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian FELCRA Berhad turut diundang bagi membuat persembahan di pentas utama KUD. Semoga KUD ini akan diteruskan ke tahun-tahun akan datang bagi membantu usahawan-usahawan bumiputeri di desa menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.


Bergambar kenangan dengan staf FELCRA Berhad


Booth FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan



Booth FELCRA Berhad