Aktiviti

Cawangan Pembangunan Institusi FELCRA Berhad diwujudkan dibawah Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi FELCRA Berhad bertujuan memantau dan mengawal selia institusi peserta FELCRA Berhad yang telah ditubuhkan oleh FELCRA Berhad di setiap kawasan atau projek di seluruh Malaysia. Cawangan Pembangunan Institusi memantau dan mengawal selia:

1. Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP)
  • Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP) meupakan sebuah jawatankuasa peserta yang diwakili oleh peserta-peserta FELCRA Berhad di kawasan-kawasan atau projek-projek yang dibangunkan oleh FELCRA Berhad;
  • Sehingga tahun 2010, jumlah JKKP ialah 509 buah dan bilangan AJK ialah 3,541 orang;
  • Terdapat dua buah jenis JKKP iaitu Gabungan atau pun Tunggal;
  • JKKP akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 2 tahun sekali dan berlaku perlantikan ahli-ahli jawatankuasa yang baru;
  • JKKP memainkan peranan utama di dalam hubungan FELCRA Berhad dan para peserta-peserta FELCRA Berhad.

2. Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad (KPR)
  • KPR ditubuhkan pada 27 Oktober 1984 di Petaling Jaya;
  • KPR merupakan sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh peserta-peserta FELCRA Berhad yang berada di kawasan/projek FELCRA Berhad.
  • Sehingga kini FELCRA Berhad mempunyai 153 buah KPR yang berdaya maju;
  • KPR menjalankan aktiviti-aktiviti di kawasan seperti projek MKT, MMB, Pengangkutan, Stesen Minyak, Ternakan Lembu, Projek Pembinaan dan lain-lain.
  • Penubuhan Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad tertakluk kepada Akta Koperasi 1993.
  • Pelbagai kerjasama yang telah dibentuk oleh FELCRA Berhad dan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM);

3. Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA).
  • WADIRA merupakan sebuah pertubuhan wanita khusus untuk isteri-isteri FELCRA Berhad;
  • Aktiviti utama WADIRA ialah masakan, jahitan dan pelbagai aktiviti kaum wanita;
  • WADIRA juga menjana pendapatan kepada peserta-peserta FELCRA Berhad dengan memasarkan produk-produk usahawan ke seluruh Malaysia.

4. BELIA
  • BELIA merupakan sebuah pertubuhan BELIA khusus untuk anak-anak peserta FELCRA Berhad;
  • Menawarkan peluang untuk menjadi usahawan BELIA.