Khamis, 6 Oktober 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN AZIZAH HASHIM & ENCIK MD. RASID MASUDIN, 5 OKTOBER 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Azizah Binti Hashim dan Encik Md. Rasid Masudin pada 5 Oktober 2011 di Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi, Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Majlis diadakan dalam keadaan serba sederhana dan sayu apabila mengenangkan 2 staf yang berdedikasi akan bersara. Puan Azizah Binti Hashim menyandang jawatan sebagai Pengurus Pembangunan Koperasi akan bersara pada 20 Oktober 2011 dan akan mengerjakan Ibadah Haji pada bulan November akan datang. Beliau telah berkhidmat bersama FELCRA Berhad selama 32 tahun dan memulakan tugas sebagai 4P. Banyak pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang berkhidmat di FELCRA Berhad sebagai pegawai yang memantau hal ehwal peserta FELCRA.

Encik Md. Rasid Masudin pula merupakan seorang Juruukur cawangan tanah & ukur yang telah berkhidmat di FELCRA Berhad selama 28 tahun dan akan bersara pada penghujung Oktober 2011. Beliau memulakan kerjaya di PBW Pahang dan melalui pengalaman yang sukar apabila mula-mula meneroka kawasan-kawasan baru FELCRA Berhad di Pahang sebelum dibangunkan. Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan Selamat Maju Jaya, Selamat Bersara kepada kedua-dua staf tersebut. Semoga ikatan dan jalinan antara kita berkekalan selamanya.



Sebahagian staf bahagian tanah & institusi


Staf-staf Cawangan Tanah & Ukur turut hadir


Encik Zainuddin Taha dan Encik Mesbah Takrep


KARNIVAL USAHAWAN DESA, 23 SEPTEMBER 2011

Karnival Usahawan Desa 2011 telah diadakan pada 23 September 2011 di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Karnival Usahawan Desa diwujudkan bagi membantu usahawan-usahawan desa memasarkan produk mereka di peringkat nasional dan seterusnya mewujudkan ikatan kerjasama di peringkat antarabangsa disamping meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

FELCRA Berhad juga turut mempelawa usahawan-usahawan yang terdiri daripada peserta-peserta FELCRA Berhad yang tinggal di seluruh kawasan di Malaysia bagi mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka. Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian FELCRA Berhad turut diundang bagi membuat persembahan di pentas utama KUD. Semoga KUD ini akan diteruskan ke tahun-tahun akan datang bagi membantu usahawan-usahawan bumiputeri di desa menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.


Bergambar kenangan dengan staf FELCRA Berhad


Booth FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan



Booth FELCRA Berhad

Rabu, 28 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI FELCRA BERHAD 2011, 27 SEPTEMBER 2011

FELCRA Berhad telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 pada 27 September 2011 bertempat di ruang hadapan Bangunan Wisma FELCRA Berhad, Sri Rampai. Majlis turut menjemput Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Shafie Afdal bagi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 FELCRA Berhad. Bilangan hadirin yang hadir adalah sekitar 2,000 orang yang terdiri daripada staf FELCRA berhad, tetamu kehormat dan pihak media serta peserta-peserta FELCRA Berhad daripada kawasan yang berdekatan seperti peserta kawasan Seberang Perak, Seri Gala Bidor, Jalan Karchu Bidor, Banting, Batu 8 Sijangkang, Lakai, Ramuan Cina dan Bukit Kepong.

Majlis bermula pada jam 8.45 malam dan pelbagai juadah disediakan kepada hadirin dan hadirat. Aturcara yang disediakan adalah seperti Bacaan doa, Persembahan Kumpulan Kebudayaan & Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT), Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Sekolah Anak-anak yatim Solihin Banting, sumbangan kecemerlangan kepada anak-anak staf FELCRA Berhad Ibu Pejabat yang cemerlang di dalam UPSR, PMR dan SPM dan duit hari raya kepada anak-anak staf yang berumur 15 tahun ke bawah.


Kumpulan Kebudayaan dan Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT)

Kehadiran YAB Dato' Seri Haji Shafie Afdal, Menteri KKLW


Sebahagian tetamu kehormat yang hadir


PUSPANITA Ibu Pejabat FELCRA Berhad

KEMPEN TAMBAH ANGGOTA KPR FELCRA BERHAD SG MANILA, 27 SEPTEMBER 2011

Pengurusan Kawasan FELCRA Berhad Sg Manila, Hutan Melintang telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri 1432H dan Majlis Bersama Waris pada 27 September 2011, di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang. Majlis dihadiri lebih daripada 70 orang dan begitu meriah dengan persembahan karaoke oleh staf pihak kawasan. Majlis juga turut menjemput Cik Izatulnizah Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran, Bahagian 4P, ANGKASA untuk menerangkan kebaikan-kebaikan menggangotai Koperasi dan turut juga diadakan Majis Bicara Kuasa oleh Tuan Syed Jamalulail, Eksekutif Pembangunan Peserta, FELCRA Berhad Wilayah Perak. Program Kempen Tambah Anggota KPR FELCRA Berhad, Sg Manila merupakan Kempen yang terakhir diadakan.

Oleh itu, Cawangan Pembangunan Institusi mengucakan ribuan terima kasih kepada pihak kawasan dan pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Perak kerana telah berjaya mengadakan kempen tambah anggota dengan jayanya.

Taklimat Kebaikan Menggangotai Koperasi

Peserta-Peserta FELCRA Berhad Sg Manila yang hadir



Cik Izatulnizah Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran Bahagian 4P, ANGKASA

AL-FATIHAH

Cawangan Pembangunan Institusi ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Nasruddin Bin Mat Daud serta pihak ANGKASA di atas pemergian Allahyarham pada 16 Ogos 2011 akibat keracunan makanan selepas membeli makanan di pasar ramadhan. Semoga roh Allahyarham diberkati dan dicucuri rahmat serta ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah.



Allahyarham ketika menyampaikan taklimat kempen tambah anggota di KPR Sri Makmur



Gelagat Allahyarham yang ceria dan selamba