Rabu, 28 September 2011

KEMPEN TAMBAH ANGGOTA KPR FELCRA BERHAD SG MANILA, 27 SEPTEMBER 2011

Pengurusan Kawasan FELCRA Berhad Sg Manila, Hutan Melintang telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri 1432H dan Majlis Bersama Waris pada 27 September 2011, di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang. Majlis dihadiri lebih daripada 70 orang dan begitu meriah dengan persembahan karaoke oleh staf pihak kawasan. Majlis juga turut menjemput Cik Izatulnizah Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran, Bahagian 4P, ANGKASA untuk menerangkan kebaikan-kebaikan menggangotai Koperasi dan turut juga diadakan Majis Bicara Kuasa oleh Tuan Syed Jamalulail, Eksekutif Pembangunan Peserta, FELCRA Berhad Wilayah Perak. Program Kempen Tambah Anggota KPR FELCRA Berhad, Sg Manila merupakan Kempen yang terakhir diadakan.

Oleh itu, Cawangan Pembangunan Institusi mengucakan ribuan terima kasih kepada pihak kawasan dan pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Perak kerana telah berjaya mengadakan kempen tambah anggota dengan jayanya.

Taklimat Kebaikan Menggangotai Koperasi

Peserta-Peserta FELCRA Berhad Sg Manila yang hadir



Cik Izatulnizah Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran Bahagian 4P, ANGKASA



Encik Ishak, Pengurus Pembangunan Koperasi FELCRA Berhad


5P yang baru bertukar dari FELCRA Berhad Bukit Kepong menjadi Pengacara Majlis


Majlis turut dihadiri oleh ADUN Hutan Melintang



Tuan Syed Jamalulail menyampaikan taklimat tentang bicara kuasa



Penyampaian Cenderahati kepada ADUN daripada Ketua Peserta FELCRA Berhad Sg Manila



Penyampaian Cenderahati kepada Cik Izatulnizah daripada Ketua Peserta FELCRA Berhad Sg Manila




Encik Azizi (paling kanan), orang kuat FELCRA Berhad wilayah Perak turut hadir

0 ulasan:

Catat Ulasan