Rabu, 28 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI FELCRA BERHAD 2011, 27 SEPTEMBER 2011

FELCRA Berhad telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 pada 27 September 2011 bertempat di ruang hadapan Bangunan Wisma FELCRA Berhad, Sri Rampai. Majlis turut menjemput Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Shafie Afdal bagi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 FELCRA Berhad. Bilangan hadirin yang hadir adalah sekitar 2,000 orang yang terdiri daripada staf FELCRA berhad, tetamu kehormat dan pihak media serta peserta-peserta FELCRA Berhad daripada kawasan yang berdekatan seperti peserta kawasan Seberang Perak, Seri Gala Bidor, Jalan Karchu Bidor, Banting, Batu 8 Sijangkang, Lakai, Ramuan Cina dan Bukit Kepong.

Majlis bermula pada jam 8.45 malam dan pelbagai juadah disediakan kepada hadirin dan hadirat. Aturcara yang disediakan adalah seperti Bacaan doa, Persembahan Kumpulan Kebudayaan & Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT), Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Sekolah Anak-anak yatim Solihin Banting, sumbangan kecemerlangan kepada anak-anak staf FELCRA Berhad Ibu Pejabat yang cemerlang di dalam UPSR, PMR dan SPM dan duit hari raya kepada anak-anak staf yang berumur 15 tahun ke bawah.


Kumpulan Kebudayaan dan Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT)

Kehadiran YAB Dato' Seri Haji Shafie Afdal, Menteri KKLW


Sebahagian tetamu kehormat yang hadir


PUSPANITA Ibu Pejabat FELCRA Berhad



Pentas Utama Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri FELCRA Berhad


Isteri-isteri tetamu kehormat


Bacaan DOA

Persembahan pembukaan kumpulan SGBT


Penyambut tetamu terdiri daripada EXCO KESURA


Mia mendendangkan lagu Suasana Hari Raya

Sebahagian staf Ibu Pejabat yang hadir

Y.A.B Menteri KKLW, Pengerusi FELCRA Berhad dan anak-anak yatim melaungkan slogan "1 Malaysia"


Penyampaian sumbangan kecemerlangan anak-anak staf FELCRA Berhad

0 ulasan:

Catat Ulasan