Karnival Usahawan Desa 2011 telah diadakan pada 23 September 2011 di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Karnival Usahawan Desa diwujudkan bagi membantu usahawan-usahawan desa memasarkan produk mereka di peringkat nasional dan seterusnya mewujudkan ikatan kerjasama di peringkat antarabangsa disamping meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
FELCRA Berhad juga turut mempelawa usahawan-usahawan yang terdiri daripada peserta-peserta FELCRA Berhad yang tinggal di seluruh kawasan di Malaysia bagi mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka. Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian FELCRA Berhad turut diundang bagi membuat persembahan di pentas utama KUD. Semoga KUD ini akan diteruskan ke tahun-tahun akan datang bagi membantu usahawan-usahawan bumiputeri di desa menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.
 |
Bergambar kenangan dengan staf FELCRA Berhad
|
 |
Booth FELCRA Bekalan dan Perkhidmatan |
 |
Booth FELCRA Berhad |
 |
Abg Man Tempe, peserta dari Changkat Lada yang menjual Tempe Tempura |
 |
Bergambar bersama si cilik
|
 |
Persembahan SGBT
|
 |
Awie dan Khairul mendendangkan Lagu Jiwa, Lagu Cinta
|
 |
Syed mempromosikan TEMPE keluaran Changkat Lada |
 |
Sambal goreng |
 |
Booth peserta FELCRA Berhad |
 |
Booth Peserta FELCRA Berhad Kawasan Bukit Jetit, Marang |
 |
Produk kraftangan berdasarkan kepada bahan buangan seperti surat khabar dan majalah |
0 ulasan:
Catat Ulasan