Khamis, 6 Oktober 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN AZIZAH HASHIM & ENCIK MD. RASID MASUDIN, 5 OKTOBER 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Azizah Binti Hashim dan Encik Md. Rasid Masudin pada 5 Oktober 2011 di Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi, Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Majlis diadakan dalam keadaan serba sederhana dan sayu apabila mengenangkan 2 staf yang berdedikasi akan bersara. Puan Azizah Binti Hashim menyandang jawatan sebagai Pengurus Pembangunan Koperasi akan bersara pada 20 Oktober 2011 dan akan mengerjakan Ibadah Haji pada bulan November akan datang. Beliau telah berkhidmat bersama FELCRA Berhad selama 32 tahun dan memulakan tugas sebagai 4P. Banyak pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang berkhidmat di FELCRA Berhad sebagai pegawai yang memantau hal ehwal peserta FELCRA.

Encik Md. Rasid Masudin pula merupakan seorang Juruukur cawangan tanah & ukur yang telah berkhidmat di FELCRA Berhad selama 28 tahun dan akan bersara pada penghujung Oktober 2011. Beliau memulakan kerjaya di PBW Pahang dan melalui pengalaman yang sukar apabila mula-mula meneroka kawasan-kawasan baru FELCRA Berhad di Pahang sebelum dibangunkan. Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan Selamat Maju Jaya, Selamat Bersara kepada kedua-dua staf tersebut. Semoga ikatan dan jalinan antara kita berkekalan selamanya.



Sebahagian staf bahagian tanah & institusi


Staf-staf Cawangan Tanah & Ukur turut hadir


Encik Zainuddin Taha dan Encik Mesbah Takrep



Puan Jamaliah dan Puan Fauziah



Kak Bed memulakan Majlis



Puan Azizah memberikan ucapan


Encik Rashid Mahsuddin sedang memberikan ucapan


Staf-staf yang hadir



Encik Mior Jamaluddin Bin Mior Hamzah, Pengurus Besar Pengurusan Tanah & Institusi turut memberi ucapan


Encik Rashid menerima cenderahati daripada staf Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi



Puan Azizah menerima cenderahati daripada staf Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi



Jamuan Majlis Persaraan



Apalah agaknya perkara yang diguraukan tu?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat bersara Pn Azizah....

Terkenang masa era 1970han, berjalan kaki bersama Pn Azizah daripada Felcra Bukit Kapah ke pekan Kuala Brang Trengganu, sejauh lebih 10km ketika bencana banjir melanda Hulu Trengganu.

Habis kaki Pn Azizah melecit dan kasut beliau pun koyak...demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai 4P ketika itu.

dan selamat menunaikan fardhu haji.

Tanpa Nama berkata...

selamat bersara tuan haji rasid.........jasamu,tunjuk ajar mu dikenang......

Tanpa Nama berkata...

selamat bersara kpd mereka.....selamat berehat......

Cawangan Pembangunan Institusi berkata...

Terima kasih tuan, saya akan maklumkan kepada beliau

Catat Ulasan