Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis. Papar semua catatan

Khamis, 6 Oktober 2011

MAJLIS PERSARAAN PUAN AZIZAH HASHIM & ENCIK MD. RASID MASUDIN, 5 OKTOBER 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Azizah Binti Hashim dan Encik Md. Rasid Masudin pada 5 Oktober 2011 di Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi, Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Majlis diadakan dalam keadaan serba sederhana dan sayu apabila mengenangkan 2 staf yang berdedikasi akan bersara. Puan Azizah Binti Hashim menyandang jawatan sebagai Pengurus Pembangunan Koperasi akan bersara pada 20 Oktober 2011 dan akan mengerjakan Ibadah Haji pada bulan November akan datang. Beliau telah berkhidmat bersama FELCRA Berhad selama 32 tahun dan memulakan tugas sebagai 4P. Banyak pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang berkhidmat di FELCRA Berhad sebagai pegawai yang memantau hal ehwal peserta FELCRA.

Encik Md. Rasid Masudin pula merupakan seorang Juruukur cawangan tanah & ukur yang telah berkhidmat di FELCRA Berhad selama 28 tahun dan akan bersara pada penghujung Oktober 2011. Beliau memulakan kerjaya di PBW Pahang dan melalui pengalaman yang sukar apabila mula-mula meneroka kawasan-kawasan baru FELCRA Berhad di Pahang sebelum dibangunkan. Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan Selamat Maju Jaya, Selamat Bersara kepada kedua-dua staf tersebut. Semoga ikatan dan jalinan antara kita berkekalan selamanya.



Sebahagian staf bahagian tanah & institusi


Staf-staf Cawangan Tanah & Ukur turut hadir


Encik Zainuddin Taha dan Encik Mesbah Takrep


Rabu, 28 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI FELCRA BERHAD 2011, 27 SEPTEMBER 2011

FELCRA Berhad telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 pada 27 September 2011 bertempat di ruang hadapan Bangunan Wisma FELCRA Berhad, Sri Rampai. Majlis turut menjemput Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Shafie Afdal bagi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 FELCRA Berhad. Bilangan hadirin yang hadir adalah sekitar 2,000 orang yang terdiri daripada staf FELCRA berhad, tetamu kehormat dan pihak media serta peserta-peserta FELCRA Berhad daripada kawasan yang berdekatan seperti peserta kawasan Seberang Perak, Seri Gala Bidor, Jalan Karchu Bidor, Banting, Batu 8 Sijangkang, Lakai, Ramuan Cina dan Bukit Kepong.

Majlis bermula pada jam 8.45 malam dan pelbagai juadah disediakan kepada hadirin dan hadirat. Aturcara yang disediakan adalah seperti Bacaan doa, Persembahan Kumpulan Kebudayaan & Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT), Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Sekolah Anak-anak yatim Solihin Banting, sumbangan kecemerlangan kepada anak-anak staf FELCRA Berhad Ibu Pejabat yang cemerlang di dalam UPSR, PMR dan SPM dan duit hari raya kepada anak-anak staf yang berumur 15 tahun ke bawah.


Kumpulan Kebudayaan dan Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT)

Kehadiran YAB Dato' Seri Haji Shafie Afdal, Menteri KKLW


Sebahagian tetamu kehormat yang hadir


PUSPANITA Ibu Pejabat FELCRA Berhad

Jumaat, 23 September 2011

JAMUAN MESRA AIDILFITRI 2011 BAHAGIAN KUMPULAN KHIDMAT PESERTA-23/9/2011

Bahagian Kumpulan Khidmat Peserta FELCRA Berhad telah mengadakan Jamuan Mesra Aidilfitri pada 23 September 2011 di Lantai Biru, Tingkat 1, Wisma FELCRA. Jamuan bermula pada jam 11.00 pagi dan pelbagai menu yang dihidangkan seperti Mee Bandung Muar, Nasi Beriani, Lontong dan Soto serta pelbagai kuih muih. Jamuan ini telah menggabungkan 2 bahagian yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi dan Bahagian Pengurusan Peserta. Jamuan ini diadakan dengan cukup meriah dan Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf Kumpulan Khidmat Peserta yang bertungkus lumus menyediakan juadah Jamuan Mesra Aidilfitri pada tahun ini.


Hafiz dengan gayanya

Susunatur Jamuan Mesra Aidilfitri


Staf-staf Kumpulan Khidmat Peserta

Bergambar dengan Tuan Haji Mat Salleh

Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS MESRA BERBUKA PUASA BERSAMA PENGERUSI FELCRA BERHAD. 25-8-2011

FELCRA Berhad telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengerusi FELCRA Berhad iaitu Y.B Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman di Auditorium Wisma FELCRA Berhad pada 25 Ogos 2011. Disamping itu turut juga diadakan Penyampaian Sumbangan Korporat (CSR) FELCRA Berhad kepada Madrasah Al-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan dan Penyampaian Sumbangan CSR kepada anak-anak yatim. Pengerusi FELCRA Berhad turut menyentuh tentang "Kelemahan umat islam sebagai ummah pada masa kini". Perasaan hiba turut terasa apabila melihat anak-anak yatim yang masih kecil melemparkan senyuman gembira ketika menerima sumbangan daripada Pengerusi FELCRA Berhad.


Pendaftaran untuk media


Tuan Zainuddin Taha, Eksekutif Kanan Tanah

Sebahagian staf FELCRA yang hadir

Pengerusi FELCRA Berhad, Y.B. Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman

Rabu, 1 Jun 2011

MAJLIS PERPISAHAN STAF PENGURUSAN TANAH & INSTITUSI, 1/6/2011

Majlis perpisahan staf pengurusan tanah & institusi telah diadakan pada hari ini 1/6/2011. Majlis ini disambut meriah oleh staf-staf daripada 3 cawangan dibawah Pengurusan Tanah & Institusi iaitu Cawangan Pembangunan Institusi, Cawangan Pengurusan Tanah dan Cawangan Tanah & Ukur. Majlis ini diadakan bagi meraikan perpindahan 3 staf yang terdiri daripada:

  1. Cik Norma Ahmad berpindah ke Cawangan Latihan
  2. Tuan Haji Ali  Sidek berpindah ke Cawangan Akaun Kilang
  3. Encik Syarafudin yang akan bekerja di UITM, Seri Iskandar
Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada staf-staf yang berpindah. Semoga perhubungan akan tetap terjalin walaupun berada di cawangan lain dan masih mengekalkan misi FELCRA Berhad yang sama iaitu "MELAHIRKAN PESERTA BERSYUKUR NO. 1".

Sesi menjamu selera


Encik Syarafudin menerima cenderahati daripada PB