Rabu, 28 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI FELCRA BERHAD 2011, 27 SEPTEMBER 2011

FELCRA Berhad telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 pada 27 September 2011 bertempat di ruang hadapan Bangunan Wisma FELCRA Berhad, Sri Rampai. Majlis turut menjemput Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Shafie Afdal bagi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 FELCRA Berhad. Bilangan hadirin yang hadir adalah sekitar 2,000 orang yang terdiri daripada staf FELCRA berhad, tetamu kehormat dan pihak media serta peserta-peserta FELCRA Berhad daripada kawasan yang berdekatan seperti peserta kawasan Seberang Perak, Seri Gala Bidor, Jalan Karchu Bidor, Banting, Batu 8 Sijangkang, Lakai, Ramuan Cina dan Bukit Kepong.

Majlis bermula pada jam 8.45 malam dan pelbagai juadah disediakan kepada hadirin dan hadirat. Aturcara yang disediakan adalah seperti Bacaan doa, Persembahan Kumpulan Kebudayaan & Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT), Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Sekolah Anak-anak yatim Solihin Banting, sumbangan kecemerlangan kepada anak-anak staf FELCRA Berhad Ibu Pejabat yang cemerlang di dalam UPSR, PMR dan SPM dan duit hari raya kepada anak-anak staf yang berumur 15 tahun ke bawah.


Kumpulan Kebudayaan dan Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT)

Kehadiran YAB Dato' Seri Haji Shafie Afdal, Menteri KKLW


Sebahagian tetamu kehormat yang hadir


PUSPANITA Ibu Pejabat FELCRA Berhad

KEMPEN TAMBAH ANGGOTA KPR FELCRA BERHAD SG MANILA, 27 SEPTEMBER 2011

Pengurusan Kawasan FELCRA Berhad Sg Manila, Hutan Melintang telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri 1432H dan Majlis Bersama Waris pada 27 September 2011, di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang. Majlis dihadiri lebih daripada 70 orang dan begitu meriah dengan persembahan karaoke oleh staf pihak kawasan. Majlis juga turut menjemput Cik Izatulnizah Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran, Bahagian 4P, ANGKASA untuk menerangkan kebaikan-kebaikan menggangotai Koperasi dan turut juga diadakan Majis Bicara Kuasa oleh Tuan Syed Jamalulail, Eksekutif Pembangunan Peserta, FELCRA Berhad Wilayah Perak. Program Kempen Tambah Anggota KPR FELCRA Berhad, Sg Manila merupakan Kempen yang terakhir diadakan.

Oleh itu, Cawangan Pembangunan Institusi mengucakan ribuan terima kasih kepada pihak kawasan dan pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Perak kerana telah berjaya mengadakan kempen tambah anggota dengan jayanya.

Taklimat Kebaikan Menggangotai Koperasi

Peserta-Peserta FELCRA Berhad Sg Manila yang hadir



Cik Izatulnizah Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran Bahagian 4P, ANGKASA

AL-FATIHAH

Cawangan Pembangunan Institusi ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Nasruddin Bin Mat Daud serta pihak ANGKASA di atas pemergian Allahyarham pada 16 Ogos 2011 akibat keracunan makanan selepas membeli makanan di pasar ramadhan. Semoga roh Allahyarham diberkati dan dicucuri rahmat serta ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah.



Allahyarham ketika menyampaikan taklimat kempen tambah anggota di KPR Sri Makmur



Gelagat Allahyarham yang ceria dan selamba

Jumaat, 23 September 2011

JAMUAN MESRA AIDILFITRI 2011 BAHAGIAN KUMPULAN KHIDMAT PESERTA-23/9/2011

Bahagian Kumpulan Khidmat Peserta FELCRA Berhad telah mengadakan Jamuan Mesra Aidilfitri pada 23 September 2011 di Lantai Biru, Tingkat 1, Wisma FELCRA. Jamuan bermula pada jam 11.00 pagi dan pelbagai menu yang dihidangkan seperti Mee Bandung Muar, Nasi Beriani, Lontong dan Soto serta pelbagai kuih muih. Jamuan ini telah menggabungkan 2 bahagian yang terdiri daripada Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi dan Bahagian Pengurusan Peserta. Jamuan ini diadakan dengan cukup meriah dan Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf Kumpulan Khidmat Peserta yang bertungkus lumus menyediakan juadah Jamuan Mesra Aidilfitri pada tahun ini.


Hafiz dengan gayanya

Susunatur Jamuan Mesra Aidilfitri


Staf-staf Kumpulan Khidmat Peserta

Bergambar dengan Tuan Haji Mat Salleh

Rabu, 21 September 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS PERJUMPAAN YB MENTERI KKLW BERSAMA WARGA KKLW SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT KKLW TAHUN 2011/1432H - 19 SEPTEMBER 2011

KKLW telah menjemput warga FELCRA Berhad untuk bersama meraikan sambutan Hari Raya peringkat KKLW di Dewan Serbaguna KKLW, Presint 4 di Putrajaya. FELCRA Berhad diwakili oleh 40 orang staf telah hadir bersama bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya KKLW walaupun pada hari hujan lebat. Suasana di Dewan Serbaguna KKLW amat meriah dan dipenuhi oleh warga KKLW mahupun dari peringkat kementerian serta dari agensi-agensi dibawah KKLW. Semoga acara seperti diadakan pada setiap tahun bagi meraikan warga-warga KKLW yang sama-sama memperkasakan agenda kementerian



Menunggu di dalam bas sebelum berangkat ke Putrajaya



Kemeriahan Sambutan Hari Raya KKLW di Dewan Serbaguna yang baru



Sebahagian staf FELCRA Berhad yang hadir sedang menjamah selera


Khamis, 15 September 2011

LAWATAN KE WADIRA SPA, SALON DAN BUTIK KECANTIKAN DI FELCRA BERHAD KERDAU, 14 SEPTEMBER 2011

Pengurus Kanan Cawangan Pembangunan Institusi, Encik Nasri bin Nyak Othman bersama-sama Puan Fauziah Binti Jaafar, Pengurus Pengurusan WADIRA telah mengadakan lawatan ke WADIRA FELCRA Berhad Kerdau pada 14 September 2011 bagi melihat perkembangan WADIRA Salon, Spa & Kecantikan WADIRA FELCRA Kerdau Berbentuk ISLAMIK yang telah beroperasi pada Oktober 2010. Salon, Spa & Kecantikan WADIRA Kerdau menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
  1. Perkhidmatan Gunting Rambut
  2. Cuci & Blow
  3. Rawatan Rambut Moden
  4. Rawatan Rambut Tradisional
  5. Inai Rambut
  6. Facial treatment
  7. Urutan badan
  8. Sauna
  9. Lulur

Bagi para pengunjung yang ingin mengadakan lawatan atau ingin mengetahui bagaimana WADIRA Salon, Spa & Kecantikan beroperasi serta ingin mengetahui lebih lanjut anda boleh datang sendiri atau menghubungi seperti alamat dan no telefon seperti di bawah.

Alamat :

WADIRA SALON, SPA  & KECANTIKAN.
Teratak WADIRA, Kawasan Kerdau,
KM 18, Jalan Temerloh - Jerantut,
28010 Temerloh,
Pahang Darul Makmur

No Tel   : 019-9937354
No. Fax : 09-2847253
Email     : wadirasalonspa@yahoo.com


WADIRA SALON, SPA & KECANTIKAN WADIRA KERDAU


Bilik rehat dan menunggu


Bilik Urutan tradisional

Khamis, 8 September 2011

VIDEO KOPERASI PESERTA RANCANGAN FELCRA BERHAD SEPANJANG TAHUN 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah menyediakan sebuah video tentang pergerakan Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad sepanjang tahun 2011. Program yang diadakan melibatkan staf-staf daripada ibu pejabat dan wilayah. Semoga pelbagai lagi program yang dapat diadakan sepanjang tahun 2011 ini.





Selasa, 6 September 2011

GAZEBO, PERHENTIAN R&R SUNGAI PERAK MENGHALA KE SELATAN

Pihak ANGKASA telah mempelawa FELCRA Berhad untuk berniaga dan mempromosikan produk Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad melalui GAZEBO iaitu sebuah kiosk di Pusat Perhentian R&R Sungai Perak ke arah selatan. FELCRA Berhad telah menyerahkan GAZEBO tersebut kepada Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad untuk mengendalikan GAZEBO tersebut. GAZEBO memberi peluang kepada mana-mana KPR FELCRA Berhad yang ingin menjual produk mereka di GAZEBO boleh menghubungi secara terus kepada KPR FELCRA Seberang Perak Berhad iaitu di talian : 05-6551801/1802 atau fax : 05-6551800.




GAZEBO KPR FELCRA Seberang Perak Berhad


Kerepek-kerepek yang dijual