Selasa, 24 Mei 2011

Xplorasi Agro Bike KPR Seberang Perak 25 Jun 2011

Borang xplorasi Agro Bike KPR Seberang Perak

FELCRA Berhad sumbang RM125,000.00 untuk mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat

KAMPONG GAJAH 23 Mei - Felcra Berhad mengumumkan sumbangan sebanyak RM125,000 kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

Pengerusinya, Datuk Tajudin Abd. Rahman berkata, bantuan sebanyak RM5,000 bagi setiap mangsa itu diberi atas dasar prihatin badan tersebut terhadap nasib yang menimpa kesemua mangsa.
Menurut beliau, pihaknya juga bersedia membantu membina semula rumah anak-anak yatim terbabit sekiranya terdapat tapak bersesuaian.

"Kita harap dapat membantu mereka membina semula rumah tersebut, tetapi dengan syarat bukan di tapak yang sama kerana bimbang tragedi berulang," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis penutup program Semarak Belia Satu Malaysia di dewan serbaguna Felcra Berhad, Seberang Perak Changkat Lada, Kampong Gajah, semalam.

Isnin, 23 Mei 2011

KEMPEN TAMBAH ANGGOTA DAN SAHAM KOPERASI DI FELCRA BERHAD TUMBI RAPAT, JELI KELANTAN, 16 MEI 2011

Kempen Tambah Anggota dan Saham KPR Tumbi Rapat Berhad telah diadakan di Kawasan FELCRA Berhad Tumbi Rapat, Jeli Kelantan telah diadakan pada 16 Mei 2011. Pengurusan KPR telah mensasarkan seramai 70 orang peserta, namun kehadiran seramai 50 orang peserta FB Tumbi Rapat yang menggangotai KPR Tumbi Rapat Berhad adalah kehadiran yang amat membanggakan. Pihak ANGKASA juga telah menghantar seorang wakil untuk menyampaikan taklimat tentang kefahaman mengganggotai koperasi. Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada pihak PBW Timur, FB Tumbi Rapat, KPR Tumbi Rapat Berhad serta pihak ANGKASA kerana berjaya mengadakan program ini dengan jayanya..

Pada hari yang sama juga, pengurusan kawasan FB Tumbi Rapat turut mengadakan Mesyuarat Agung Pertama Peserta-Peserta Kg Tadoh 2 dan Kg Tadoh 2 (T). Mesyuarat diadakan pada pukul 1.30ptg sehingga 3.30 ptg.




Ucapan aluan daripada Pengerusi KPR Tumbi Rapat Berhad



Peserta-peserta FB Tumbi Rapat

PROGRAM SEMARAK BELIA FELCRA BERHAD PERINGKAT NEGERI PERAK DI SEBERANG PERAK 21-22 MEI 2011

Program Semarak Belia FELCRA Berhad anjuran PBW Perak telah diadakan pada 21 Mei 2011 hingga 22 Mei 2011 di Seberang Perak. Program Semarak Belia Peringkat Negeri Perak telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Tajuddin Bin Abdul, selaku Pengerusi FELCRA Berhad merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak. Seramai 1,000 orang BELIA yang hadir bagi menyemarakkan lagi program ini.

RELA


BELIA menunjukkan kemahiran menghias motorsikal

Jumaat, 20 Mei 2011

LAWATAN KE STESEN MINYAK KPR BUKIT TANDAK BERHAD

Lawatan ke Stesen Minyak BHPetrol KPR Bukit Tandak Berhad telah diadakan pada 15 Mei 2011 untuk tujuan pemantauan dan melihat perjalanan operasi stesen minyak tersebut. Stesen minyak ini telah dibina pada 15 Februari 2006 dengan dengan kos pembinaan sebanyak RM350,038.05 dan tarikh siap bina pada 15 Februari 2007. Bermodalkan sebanyak RM157,500.00 dengan bantuan pinjaman TMP-SKM, KPR Bukit Tandak Berhad telah memulakan operasi pada 26 Jun 2008 dengan keuntungan bersih pada tahun 2009 sebanyak RM191,546.22.

FELCRA Berhad amat berbangga dengan kejayaan KPR Bukit Tandak Berhad kerana berjaya menjalankan aktiviti perniagaan yang berdaya saing dan mampu membantu anggota-anggota KPR meningkatkan pendapatan sampingan mereka. Syabas dan tahniah diucapkan. Sekiranya berminat untuk mengusahakan Stesen Minyak BHPetrol atau ingin bertanyakan maklumat lanjut mengenai penubuhan stesen minyak, sila hubungi Encik Yahya di talian 0129576373.

Stesen Minyak BHPetrol KPR Bukit Tandak

Rabu, 18 Mei 2011

KEMPEN TAMBAH ANGGOTA DAN SAHAM KPR FELCRA SRI MAKMUR BERHAD, 9 MEI 2011

Kempen tambah anggota dan saham KPR FELCRA Sri Makmur Berhad telah diadakan pada 9 Mei 2011 di Dewan Serbaguna Kg. Sri Makmur. Kempen ini dianjurkan bersama-sama oleh Cawangan Pembangunan Institusi dan Pejabat Kawasan FELCRA Berhad Sri Makmur dan disokong penuh oleh KPR FELCRA Sri Makmur dan pihak ANGKASA.

Kempen ini bertujuan membantu KPR meningkatkan jumlah anggota dan mampu menambahkan modal saham KPR agar KPR dapat mengembangkan perniagaan dan keuntungan KPR dapat dikongsi bersama-sama anggota. Walaupun kehadiran peserta-peserta kawasan FELCRA Berhad Sri Makmur agak rendah, namun kempen tersebut meriah dengan gaya persembahan penceramah daripada ANGKASA iaitu Encik Mohd Nasruddin Mat Daud semasa menerangkan tajuk ceramah " JATI DIRI DAN KEFAHAMAN KOPERASI dan PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB ANGGOTA".

Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi KPR iaitu Tuan Haji Abu Bakar Bin Abdul Kadir dan KPR FELCRA Sri Makmur Berhad kerana berjaya mengadakan kempen ini selaras dengan hasrat FELCRA Berhad iaitu membantu meningkatkan pendapatan kepada peserta-peserta FELCRA Berhad.




Banner Kempen Tambah Anggota dan Saham

Rabu, 11 Mei 2011

MESYUARAT DAN LAWATAN KE STESEN MINYAK DAN AUTO SERVIS DI BALING, KEDAH

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan lawatan ke Stesen Minyak dan Auto Servis di Baling, Kedah pada 22-24/11/2010. Stesen Minyak dan Auto Servis ini dimiliki oleh Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad. Lawatan ini dihadiri oleh 20 buah KPR FELCRA Berhad yang berminat untuk mengusahakan Stesen Minyak serta Auto Servis.

Lawatan ini diadakan bertujuan memberi kefahaman kepada KPR tentang pengalaman Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad mengendalikan Stesen Minyak dan Auto Servis, cara-cara penubuhan, kos yang terlibat serta cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh koperasi semasa mengusahakan stesen minyak dan auto servis.

Peserta juga turut dibawa ke Pusat Pemprosesan Kopi Tumbuk WADIRA Bongor bagi melihat cara-cara bagaimana Kopi Tumbuk WADIRA dihasilkan. Setiap peserta telah dihidangkan dengan kopi tumbuk dan jamuan makan tengah hari bersama-sama WADIRA Bongor. Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan PBW Utara kerana telah berjaya mengadakan program lawatan tersebut.




Sesi Ceramah bersama SKM

Selasa, 10 Mei 2011

SEMINAR PENGUKUHAN AKTIVITI SOSIO-EKONOMI KPR FELCRA BERHAD, 18-20 APRIL 2011

Seminar Pengukuhan Aktiviti Sosio-Ekonomi Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad telah diadakan pada 18-20 April di Heritage Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland. Program ini telah dianjurkan oleh pihak ANGKASA bersama-sama FELCRA Berhad. Seminar disertai oleh 50 buah KPR dari seluruh Malaysia. Staf-staf FELCRA Berhad seperti 5P, 4P dan 3P dari seluruh wilayah turut hadir bagi memeriahkan seminar tersebut.
Tetamu Kehormat Seminar

MAJLIS PENERANGAN PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN KEPADA KPR FELCRA BERHAD PERINGKAT NEGERI PAHANG, 13-14 APRIL 2011

Majlis Penerangan Pemborongan dan Peruncitan kepada KPR FELCRA Berhad peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 13-14 April 2011 di Hotels Seri Malaysia, Temerloh Negeri Pahang. Majlis ini dianjurkan oleh Koperasi Peserta FELCRA Berhad (KPFB) bersama-sama PBW Negeri Pahang. Pihak My Din Holdings Sdn Bhd telah dijemput bagi menerangkan Konsep Pemborongan dan Peruncitan di Malaysia. Majlis ini dihadiri lebih daripada 15 buah KPR Wilayah Pahang. FELCRA Berhad amat menggalakkan KPR menceburi bidang usahawan yang mampu meningkatkan sumber pendapatan KPR.


 
Pengurus Besar KPFB

KURSUS PENGURUSAN DAN PENCATAT MINIT MESYUARAT UNTUK 5P PADA 3 - 6 MEI 2011

Kursus Pengurusan dan Pencatat Minit Mesyuarat untuk Penolong Eksekutif Pembangunan Peserta (5P) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pembangunan Organisasi FELCRA Berhad serta Cawangan Pembangunan Institusi FELCRA Berhad telah diadakan pada 03 hingga 06 Mei 2011 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuah, Langkawi. Program ini dihadiri seramai 68 peserta.

 

Tajuk kursus