Rabu, 11 Mei 2011

MESYUARAT DAN LAWATAN KE STESEN MINYAK DAN AUTO SERVIS DI BALING, KEDAH

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan lawatan ke Stesen Minyak dan Auto Servis di Baling, Kedah pada 22-24/11/2010. Stesen Minyak dan Auto Servis ini dimiliki oleh Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad. Lawatan ini dihadiri oleh 20 buah KPR FELCRA Berhad yang berminat untuk mengusahakan Stesen Minyak serta Auto Servis.

Lawatan ini diadakan bertujuan memberi kefahaman kepada KPR tentang pengalaman Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad mengendalikan Stesen Minyak dan Auto Servis, cara-cara penubuhan, kos yang terlibat serta cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh koperasi semasa mengusahakan stesen minyak dan auto servis.

Peserta juga turut dibawa ke Pusat Pemprosesan Kopi Tumbuk WADIRA Bongor bagi melihat cara-cara bagaimana Kopi Tumbuk WADIRA dihasilkan. Setiap peserta telah dihidangkan dengan kopi tumbuk dan jamuan makan tengah hari bersama-sama WADIRA Bongor. Terima kasih diucapkan kepada Pengurusan PBW Utara kerana telah berjaya mengadakan program lawatan tersebut.




Sesi Ceramah bersama SKM

Pengurus Kanan Pembangunan Institusi memberi taklimat


Sebahagian peserta yang hadir


Encik Zainuddin Taha, Encik Ismail dan Encik Yusof sempat memberi pose

Bergambar sebelum berangkat ke Baling

Sesi taklimat daripada Pengerusi Koperasi Pasar Melayu Baling

Pusat Auto Servis milik Koperasi Pasar Melayu Baling Berhad

Pekerja bengkel sedang membuka tayar

Ruang hadapan Pusat Auto Servis


Bergambar kenangan sebelum berangkat ke stesen Minyak


Mendengan taklimat daripada Pengerusi KPR
Stesen Minyak Petronas milik Koperasi Pasar Melayu Baling
Mesin Memproses Kopi

Peserta-peserta program bergambar bersama Pengurus Stesen Minyak
Menjamu hidangan kopi tumbuk
Pusat Pemprosesan Kopi Tumbuk WADIRA Bongor














0 ulasan:

Catat Ulasan