Kempen tambah anggota dan saham KPR FELCRA Sri Makmur Berhad telah diadakan pada 9 Mei 2011 di Dewan Serbaguna Kg. Sri Makmur. Kempen ini dianjurkan bersama-sama oleh Cawangan Pembangunan Institusi dan Pejabat Kawasan FELCRA Berhad Sri Makmur dan disokong penuh oleh KPR FELCRA Sri Makmur dan pihak ANGKASA.
Kempen ini bertujuan membantu KPR meningkatkan jumlah anggota dan mampu menambahkan modal saham KPR agar KPR dapat mengembangkan perniagaan dan keuntungan KPR dapat dikongsi bersama-sama anggota. Walaupun kehadiran peserta-peserta kawasan FELCRA Berhad Sri Makmur agak rendah, namun kempen tersebut meriah dengan gaya persembahan penceramah daripada ANGKASA iaitu Encik Mohd Nasruddin Mat Daud semasa menerangkan tajuk ceramah " JATI DIRI DAN KEFAHAMAN KOPERASI dan PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB ANGGOTA".
Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi KPR iaitu Tuan Haji Abu Bakar Bin Abdul Kadir dan KPR FELCRA Sri Makmur Berhad kerana berjaya mengadakan kempen ini selaras dengan hasrat FELCRA Berhad iaitu membantu meningkatkan pendapatan kepada peserta-peserta FELCRA Berhad.
|
Banner Kempen Tambah Anggota dan Saham |
|
Sekretariat yang menjaga pendaftaran
|
|
Salah seorang peserta yang mengisi borang ahli |
|
Para tetamu sedang menjamu selera |
|
Ahli WADIRA yang sedang menyiapkan makanan |
|
Dewan Serbaguna Kg Sri Makmur |
|
Tetamu yang hadir |
|
Pengerusi KPR sedang memberikan ucapan |
|
Penyerahan borang anggota KPR yang baru |
|
Pemberian Cenderahati kepada Pengurus Koperasi Ibu Pejabat |
|
Pemberian Cenderahati kepada Penceramah ANGKASA |
|
Pemberian Cenderahati kepada Wakil PBW Pahang |
|
Stesen Minyak Smart Stream KPR Sri Makmur FELCRA Berhad |
0 ulasan:
Catat Ulasan