Rabu, 20 Julai 2011

KARNIVAL SUKAN BELIA JOHOR FELCRA BERHAD SG ARA, 16-17 JULAI 2011

Karnival Sukan Belia Johor telah diadakan pada 16 - 17 Julai di Kawasan FELCRA Berhad Sungai Ara. Pelbagai aktiviti belia telah diadakan seperti perlawanan bola jaring, bola tampar, persembahan bakat, Futsal, Persembahan Kepang dan lain-lain lagi. Karnival Sukan Belia Johor ini telah dirasmikan oleh Wakli Pengurus Besar Wilayah Johor iaitu Encik Azam Bin Mohd Noor dan urusetia yang mengendalikan Karnival Sukan Belia Johor terdiri daripada 5P seluruh Wilayah Johor.

FELCRA Berhad sentiasa mengambil berat kepada para-para belia dan beliawanis yang merupakan generasi ke-dua (GEN 2) kepada peserta-peserta FELCRA Berhad. FELCRA Berhad sedaya upaya akan menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan kepada para belia agar mewujudkan PESERTA BERSYUKUR NO. 1 akan terus berkekalan.


Perlawanan Bola Tampar peringkat Belia Kawasan

Perlawanan Net Ball Belia Peringkat Kawasan

 
Pertandingan bakat



Perlawanan Futsal
  

Perlawanan Badminton Peringkat Belia Kawasan


Kumpulan Kompang Belia Sungai Ara


Persembahan Kuda Kepang daripada Belia Sg Ara

Wakil PBW, Encik Mohd Azam Bin Mohd Noor memberikan hadiah kepada pemenang


Kumpulan Kompang Belia Sg Ara

0 ulasan:

Catat Ulasan