Selasa, 19 Julai 2011

PROGRAM TUKAR ANJURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPP yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:
  • membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘mom and pop;
  • meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan;
    – tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
    – selari kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
    – promosikan rantaian penawaran dengan kos yang efektif dan efisien;
    – galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan
  • menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).
Pelaksanaan TUKAR dijangkakan akan dapat menyumbang kepada GNI sebanyak RM5.56 billion dan mewujudkan sebanyak 51,540 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Empat (4) strategi yang akan dilaksanakan iaitu:
  • memodenkan premis peruncit tradisional sedia ada;
  • menaik taraf premis peruncit tradisional sedia ada;
  • menggalakkan penyertaan koperasi dalam bidang peruncitan; dan
  • mewujudkan pusat pengedaran setempat.
Pihak hypermarket akan berperanan sebagai konsultan bagi pelaksanaan projek TUKAR. Pengendali pasar raya besar ini akan membantu peruncit-peruncit tradisional melalui khidmat nasihat pemodenan, penyediaan planogram, latihan peruncitan dan sebagainya. Usaha ini merupakan inisiatif syarikat-syarikat terbabit sebagai corporate social responsibility untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan.
 
Manakala, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) akan menyediakan pinjaman mudah kepada pemilik-pemilik kedai runcit yang menyertai projek TUKAR.
 
Pada tahun 2011, Kerajaan menyasarkan sebanyak 500 buah kedai runcit tradisional akan dimodenkan.



Cawangan Pembangunan Institusi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana telah melaksanakan Program "TUKAR" tahun 2011 kepada 9 buah KPR FELCRA Berhad yang terlibat seperti KPR Seberang Perak Berhad, KPR Rumpun Makmur Berhad dan lain-lain. Oleh itu, KPR FELCRA Berhad mampu untuk meningkatkan peratusan KDNK negara pada masa akan datang. TERIMA KASIH kepada SKM dan KPDNKK.

   
Susun atur Kedai COOP (TUKAR) KPR Seberang Perak Berhad


Susun atur Kedai COOP (TUKAR) KPR Seberang Perak Berhad


 
Susun atur Kedai COOP (TUKAR) KPR Seberang Perak Berhad


Produk-produk makanan ringan WADIRA Seberang Perak


Produk-produk makanan ringan WADIRA Seberang Perak

 
Penjenamaan semula (TUKAR) Kedai Mini KPR Seberang Perak Berhad
 .


Pintu masuk Kedai Mini KPR Seberang Perak yang lebih menarik



Signboard COOP Mart yang disediakan oleh SKM didalam Program TUKAR lebih menarik dan kemas



Kedai Mini lebih kemas dan tersusun


Peti Ais yang disediakan oleh Pihak SKM untuk Program TUKAR


0 ulasan:

Catat Ulasan