Rabu, 6 Julai 2011

MAJLIS PENGUSAHAAN STESEN MINYAK KOPERASI PESERTA RANCANGAN FELCRA BERHAD DI TERENGGANU, 13-15 JUN 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan Majlis Penerangan Pengusahaan Stesen Minyak Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad di Kuala Terengganu pada 13 - 15 Jun 2011. Sebanyak 15 buah KPR di jemput bagi menghadiri majlis ini. Para penceramah yang hadir ke majlis ini ialah penceramah daripada Shell (M) Berhad, Pengurus KPR Seberang Perak Berhad, Pengurus KPR Bukit Tandak Berhad dan Pegawai daripada KPDNKK.

Majlis juga diteruskan lagi dengan lawatan ke Stesen Minyak Smart Stream di Kawasan FELCRA Berhad Hulu Berang untuk pendedahan kepada KPR bagaimana untuk mengusahakan stesen minyak. Terima kasih diucapkan kepada para-para penceramah kerana hadir dan memberikan maklumat yang berguna kepada para peserta yang hadir. Cawangan Pembangunan Institusi mengharapkan agar KPR akan terus meneroka bidang-bidang perniagaan yang baru bagi meningkatkan pendapatan kepada KPR.



Encik Zulhisham sedang menjadi Pengerusi Majlis


Sebahagian ALK KPR yang hadir


Sebahagian ALK yang hadir


Sesi beramah mesra dengan KPR Hulu Berang, Kuala Terengganu


Stesen Minyak Smart Stream KPR Hulu Berang


Tuan Haji Meor, Pengurus KPR Seberang Perak Berhad


Encik Abdul Rahim Aziz dari Shell (M) Berhad


Cik Shariffa Mansoor, Pegawai dari KPDNKK
Stesen Minyak Smart Stream, KPR Hulu Berang

Pengurus Besar Bahagian Tanah & Institusi dan Pengurus Kanan Cawangan Pembangunan institusi

0 ulasan:

Catat Ulasan