Jumaat, 29 Julai 2011

LAWATAN KE RESTORAN WADIRA DUSUN PANTI, SG ARA 28 JULAI 2011

Cawangan Pembangunan Institusi juga turut mengadakan lawatan ke Restoran WADIRA Dusun Panti, Sg Ara pada 28 Julai 2011. Lawatan ini juga bertujuan menghadiri sesi mesyuarat perbincangan di antara FELCRA Agro Industrial Sendirian Berhad (FAISB) tentang pengambilalihan restoran AGRO kepada pihak FELCRA Berhad. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Ismail Bin Mat Hassan dan dihadiri daripada wakil AGRO. Mesyuarat ini turut membincangkan kos dan item-item yang diambil kira sebagai aset kepada FELCRA Berhad. Mesyuarat bermula jam 2.30 ptg dan tamat pada 3.30 petang.

Signboard Restoran Dusun Panti yang lama


Restoran WADIRA Dusun Panti, Sg Ara



Wakaf Restoran


LAWATAN KE WADIRA SRI WANGI, BATU PAHAT 27 JULAI 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan lawatan kerja ke WADIRA Sri Wangi, Batu Pahat pada 27 Julai 2011 bagi melihat sendiri perusahaan Sos Rojak yang telah diusahakan oleh pihak WADIRA sendiri. Dengan bantuan yang telah diperuntukkan oleh Cawangan Pembangunan Institusi sebanyak RM 6,000.00, WADIRA Sri Wangi telah mengusahakan sendiri sos rojak WADIRA dan diedarkan kepada seluruh outlet di Johor Darul Takzim dan juga seluruh Malaysia.




Sos Rojak WADIRA Sri Wangi



Perbincangan diantara Pengurus WADIRA dan ahli-ahli WADIRA


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK, 1432 HIJRAH

Cawangan Pembangunan Institusi FELCRA Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak 1432 Al-hijrah kepada seluruh umat muslim dan muslimat seluruh Malaysia. Semoga bulan Ramadhan ini kita diberkati Allah S.W.T.



Puasa merupakan rukun islam ketiga



Selamat menyambut Ramadhan



Selasa, 26 Julai 2011

TEAM BUILDING KUMPULAN KHIDMAT PESERTA TELUK DALAM PANGKOR RESORT, 22-24 JULAI 2011

Kumpulan Khidmat Peserta FELCRA Berhad telah mengadakan TEAM BUILDING di TELUK DALAM PANGKOR RESORT, Pulau Pangkor pada 22-24 Julai 2011. Kumpulan Khidmat Peserta diwakili oleh 2 Bahagian Pengurusan iaitu Bahagian Pengurusan Peserta dan Bahagian Pengurusan Tanah & Institusi. Hampir seramai 70 orang peserta yang menyertai Program Team Building ini. Pelbagai bentuk program yang telah diatur oleh urusetia yang terdiri daripada pihak FELCRA Training & Consultancy (FTC) dan juga pihak Husim Training & Consultancy.

Pelbagai program yang telah diatur sepanjang team buliding tersebut seperti Ice Breaking, Benang Hikmat, Explorace, Pertunjukan Pentas oleh 6 kumpulan, Komunikasi berkesan dan lain-lain lagi. Kebanyakan peserta amat berpuas hati dengan program yang diaturkan. Gambar keseluruhan boleh dimuat turun di sini.


 

 
Bergambar sebelum bergerak



Suasana dalam bas



Sebahagian Jejaka Idaman Malaya yang berada di dalam bas



Kak Jamaliah dan Julaili berposing



Ketika di Teluk Batik untuk makan tengahari



Terminal Pulau Pangkor, Lumur


Rabu, 20 Julai 2011

KARNIVAL SUKAN BELIA JOHOR FELCRA BERHAD SG ARA, 16-17 JULAI 2011

Karnival Sukan Belia Johor telah diadakan pada 16 - 17 Julai di Kawasan FELCRA Berhad Sungai Ara. Pelbagai aktiviti belia telah diadakan seperti perlawanan bola jaring, bola tampar, persembahan bakat, Futsal, Persembahan Kepang dan lain-lain lagi. Karnival Sukan Belia Johor ini telah dirasmikan oleh Wakli Pengurus Besar Wilayah Johor iaitu Encik Azam Bin Mohd Noor dan urusetia yang mengendalikan Karnival Sukan Belia Johor terdiri daripada 5P seluruh Wilayah Johor.

FELCRA Berhad sentiasa mengambil berat kepada para-para belia dan beliawanis yang merupakan generasi ke-dua (GEN 2) kepada peserta-peserta FELCRA Berhad. FELCRA Berhad sedaya upaya akan menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan kepada para belia agar mewujudkan PESERTA BERSYUKUR NO. 1 akan terus berkekalan.


Perlawanan Bola Tampar peringkat Belia Kawasan

Perlawanan Net Ball Belia Peringkat Kawasan

 
Pertandingan bakat


Selasa, 19 Julai 2011

PROGRAM TUKAR ANJURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR adalah merupakan EPP yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif melalui:
  • membangunkan kedai-kedai runcit tempatan jenis ‘mom and pop;
  • meningkatkan tahap kompetitif peruncit dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan;
    – tingkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan;
    – selari kualiti proses perniagaan secara menyeluruh;
    – promosikan rantaian penawaran dengan kos yang efektif dan efisien;
    – galakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah; dan
  • menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Goods and Services Tax (GST).
Pelaksanaan TUKAR dijangkakan akan dapat menyumbang kepada GNI sebanyak RM5.56 billion dan mewujudkan sebanyak 51,540 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Empat (4) strategi yang akan dilaksanakan iaitu:
  • memodenkan premis peruncit tradisional sedia ada;
  • menaik taraf premis peruncit tradisional sedia ada;
  • menggalakkan penyertaan koperasi dalam bidang peruncitan; dan
  • mewujudkan pusat pengedaran setempat.
Pihak hypermarket akan berperanan sebagai konsultan bagi pelaksanaan projek TUKAR. Pengendali pasar raya besar ini akan membantu peruncit-peruncit tradisional melalui khidmat nasihat pemodenan, penyediaan planogram, latihan peruncitan dan sebagainya. Usaha ini merupakan inisiatif syarikat-syarikat terbabit sebagai corporate social responsibility untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan.
 
Manakala, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) akan menyediakan pinjaman mudah kepada pemilik-pemilik kedai runcit yang menyertai projek TUKAR.
 
Pada tahun 2011, Kerajaan menyasarkan sebanyak 500 buah kedai runcit tradisional akan dimodenkan.



Cawangan Pembangunan Institusi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana telah melaksanakan Program "TUKAR" tahun 2011 kepada 9 buah KPR FELCRA Berhad yang terlibat seperti KPR Seberang Perak Berhad, KPR Rumpun Makmur Berhad dan lain-lain. Oleh itu, KPR FELCRA Berhad mampu untuk meningkatkan peratusan KDNK negara pada masa akan datang. TERIMA KASIH kepada SKM dan KPDNKK.

   
Susun atur Kedai COOP (TUKAR) KPR Seberang Perak Berhad


Susun atur Kedai COOP (TUKAR) KPR Seberang Perak Berhad


Rabu, 13 Julai 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN SKM-FELCRA BERHAD, 12 JULAI 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan SKM-FELCRA Berhad telah diadakan pada 12 Julai 2011 di Bilik Gerakan, Tingkat 6, Wisma FELCRA Berhad. Mesyuarat ini diadakan setiap 2 kali setahun. Seramai 17 orang wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hadir ke mesyuarat. Agenda-agenda yang dibincangkan ialah laporan semasa Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad dan halatuju KPR. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Berhad iaitu Yang Berbahagia Dato' Juzilman Bin Basir bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.

Antara resolusi yang dicadangkan ialah:
  1. Memohon kepada pihak SKM untuk meningkatkan bantuan TMP-SKM oleh KPR FELCRA Berhad.
  2. CEO mencadangkan agar jumlah pendapatan KPR ditingkatkan kepada RM30 Juta setahun.

Semoga mesyuarat ini akan mengeratkan lagi ikatan di antara FELCRA Berhad dan SKM. Dicadangkankan Disember 2011, pihak SKM pula akan menjadi tuan rumah mesyuarat.



Sebahagian ahli-ahli mesyuarat SKM-FELCRA Berhad


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELCRA Berhad
                                          

Rabu, 6 Julai 2011

MAJLIS PENGUSAHAAN STESEN MINYAK KOPERASI PESERTA RANCANGAN FELCRA BERHAD DI TERENGGANU, 13-15 JUN 2011

Cawangan Pembangunan Institusi telah mengadakan Majlis Penerangan Pengusahaan Stesen Minyak Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Berhad di Kuala Terengganu pada 13 - 15 Jun 2011. Sebanyak 15 buah KPR di jemput bagi menghadiri majlis ini. Para penceramah yang hadir ke majlis ini ialah penceramah daripada Shell (M) Berhad, Pengurus KPR Seberang Perak Berhad, Pengurus KPR Bukit Tandak Berhad dan Pegawai daripada KPDNKK.

Majlis juga diteruskan lagi dengan lawatan ke Stesen Minyak Smart Stream di Kawasan FELCRA Berhad Hulu Berang untuk pendedahan kepada KPR bagaimana untuk mengusahakan stesen minyak. Terima kasih diucapkan kepada para-para penceramah kerana hadir dan memberikan maklumat yang berguna kepada para peserta yang hadir. Cawangan Pembangunan Institusi mengharapkan agar KPR akan terus meneroka bidang-bidang perniagaan yang baru bagi meningkatkan pendapatan kepada KPR.



Encik Zulhisham sedang menjadi Pengerusi Majlis


Sebahagian ALK KPR yang hadir