Rabu, 1 Jun 2011

MAJLIS PERPISAHAN STAF PENGURUSAN TANAH & INSTITUSI, 1/6/2011

Majlis perpisahan staf pengurusan tanah & institusi telah diadakan pada hari ini 1/6/2011. Majlis ini disambut meriah oleh staf-staf daripada 3 cawangan dibawah Pengurusan Tanah & Institusi iaitu Cawangan Pembangunan Institusi, Cawangan Pengurusan Tanah dan Cawangan Tanah & Ukur. Majlis ini diadakan bagi meraikan perpindahan 3 staf yang terdiri daripada:

  1. Cik Norma Ahmad berpindah ke Cawangan Latihan
  2. Tuan Haji Ali  Sidek berpindah ke Cawangan Akaun Kilang
  3. Encik Syarafudin yang akan bekerja di UITM, Seri Iskandar
Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada staf-staf yang berpindah. Semoga perhubungan akan tetap terjalin walaupun berada di cawangan lain dan masih mengekalkan misi FELCRA Berhad yang sama iaitu "MELAHIRKAN PESERTA BERSYUKUR NO. 1".

Sesi menjamu selera


Encik Syarafudin menerima cenderahati daripada PB

Selasa, 24 Mei 2011

Xplorasi Agro Bike KPR Seberang Perak 25 Jun 2011

Borang xplorasi Agro Bike KPR Seberang Perak

FELCRA Berhad sumbang RM125,000.00 untuk mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat

KAMPONG GAJAH 23 Mei - Felcra Berhad mengumumkan sumbangan sebanyak RM125,000 kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

Pengerusinya, Datuk Tajudin Abd. Rahman berkata, bantuan sebanyak RM5,000 bagi setiap mangsa itu diberi atas dasar prihatin badan tersebut terhadap nasib yang menimpa kesemua mangsa.
Menurut beliau, pihaknya juga bersedia membantu membina semula rumah anak-anak yatim terbabit sekiranya terdapat tapak bersesuaian.

"Kita harap dapat membantu mereka membina semula rumah tersebut, tetapi dengan syarat bukan di tapak yang sama kerana bimbang tragedi berulang," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis penutup program Semarak Belia Satu Malaysia di dewan serbaguna Felcra Berhad, Seberang Perak Changkat Lada, Kampong Gajah, semalam.

Isnin, 23 Mei 2011

KEMPEN TAMBAH ANGGOTA DAN SAHAM KOPERASI DI FELCRA BERHAD TUMBI RAPAT, JELI KELANTAN, 16 MEI 2011

Kempen Tambah Anggota dan Saham KPR Tumbi Rapat Berhad telah diadakan di Kawasan FELCRA Berhad Tumbi Rapat, Jeli Kelantan telah diadakan pada 16 Mei 2011. Pengurusan KPR telah mensasarkan seramai 70 orang peserta, namun kehadiran seramai 50 orang peserta FB Tumbi Rapat yang menggangotai KPR Tumbi Rapat Berhad adalah kehadiran yang amat membanggakan. Pihak ANGKASA juga telah menghantar seorang wakil untuk menyampaikan taklimat tentang kefahaman mengganggotai koperasi. Cawangan Pembangunan Institusi mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada pihak PBW Timur, FB Tumbi Rapat, KPR Tumbi Rapat Berhad serta pihak ANGKASA kerana berjaya mengadakan program ini dengan jayanya..

Pada hari yang sama juga, pengurusan kawasan FB Tumbi Rapat turut mengadakan Mesyuarat Agung Pertama Peserta-Peserta Kg Tadoh 2 dan Kg Tadoh 2 (T). Mesyuarat diadakan pada pukul 1.30ptg sehingga 3.30 ptg.




Ucapan aluan daripada Pengerusi KPR Tumbi Rapat Berhad



Peserta-peserta FB Tumbi Rapat

PROGRAM SEMARAK BELIA FELCRA BERHAD PERINGKAT NEGERI PERAK DI SEBERANG PERAK 21-22 MEI 2011

Program Semarak Belia FELCRA Berhad anjuran PBW Perak telah diadakan pada 21 Mei 2011 hingga 22 Mei 2011 di Seberang Perak. Program Semarak Belia Peringkat Negeri Perak telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Tajuddin Bin Abdul, selaku Pengerusi FELCRA Berhad merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak. Seramai 1,000 orang BELIA yang hadir bagi menyemarakkan lagi program ini.

RELA


BELIA menunjukkan kemahiran menghias motorsikal