FELCRA Berhad telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 pada 27 September 2011 bertempat di ruang hadapan Bangunan Wisma FELCRA Berhad, Sri Rampai. Majlis turut menjemput Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Shafie Afdal bagi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 FELCRA Berhad. Bilangan hadirin yang hadir adalah sekitar 2,000 orang yang terdiri daripada staf FELCRA berhad, tetamu kehormat dan pihak media serta peserta-peserta FELCRA Berhad daripada kawasan yang berdekatan seperti peserta kawasan Seberang Perak, Seri Gala Bidor, Jalan Karchu Bidor, Banting, Batu 8 Sijangkang, Lakai, Ramuan Cina dan Bukit Kepong.
Majlis bermula pada jam 8.45 malam dan pelbagai juadah disediakan kepada hadirin dan hadirat. Aturcara yang disediakan adalah seperti Bacaan doa, Persembahan Kumpulan Kebudayaan & Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT), Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Sekolah Anak-anak yatim Solihin Banting, sumbangan kecemerlangan kepada anak-anak staf FELCRA Berhad Ibu Pejabat yang cemerlang di dalam UPSR, PMR dan SPM dan duit hari raya kepada anak-anak staf yang berumur 15 tahun ke bawah.
|
Kumpulan Kebudayaan dan Keseniaan FELCRA Berhad (SGBT)
|
|
Kehadiran YAB Dato' Seri Haji Shafie Afdal, Menteri KKLW |
|
Sebahagian tetamu kehormat yang hadir |
|
PUSPANITA Ibu Pejabat FELCRA Berhad |